Wednesday, May 14, 2008

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Panitia Pendidikan Islam SK. Toh tandewa Sakti (STTS) , Tapah, Perak Darul Ridzuan, telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada 29 Mac 2008.

Majlis sambutan ini telah dimulakan dengan perarakan sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. oleh semua murid dan guru STTS. Di samping itu juga telah diadakan pertandingan sepanduk di antara kelas. Sepanduk-sepanduk ini telah disediakan sendiri oleh murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 dan diadili oleh guru penolong kanan STTS iaitu Pn. Zuraida, Pn. Leili Mardziah dan Pn. Hjh. Rabitah.

Ustazah Haslinda bt. Paujah telah menyampaikan ceramah ringkas mengenai hala tuju insan di dunia ini dan persiapan menanti hari akhirat.

Tayangan perdana mengenai sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. telah diadakan di Dewan Sekolah. Soalan-soalan kuiz berdasarkan tayangan perdana telah diajukan kepada murid-murid selepas itu.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul berakhir selepas penyampaian hadiah.